Peta Sekolah


View Larger Map

LENCANA SEKOLAH


KETERANGAN LENCANA

  1. Bentuk Perisai - Ketahanan diri dan kekuatan peribadi
  2. Merah - Keberanian dan semangat berjuang yang tinggi
  3. Kuning - Ketinggian darjat ilmu dan keutamaan dalam hidup
  4. Ungu - Rintangan dan halangan yang mesti dihadapi
  5. Obor - Kejayaan dan muafakat
  6. Kunci - Ilmu sebagai kunci kebahagiaan hidup (membuka pintu kejayaan)
  7. Pena/Buku/Tinta - Keperluan utama menuntut ilmu dan juga sebagai lambang guru
  8. Roda Bergigi - Membentuk negara maju dan sentisa bergerak ke arah kemajuan
  9. Lima Gelang - Rukun Negara dan keaktifan rakyat dalam keharmonian.
  10. Rotan Bersambung

VISI , MISI & MOTO SKAR

VISI SEKOLAH

Menjadikan SK Ara Rendang Sekolah Cemerlang dan Terbilang di Malaysia Pada Tahun 2010.





MISI SEKOLAH

  • Melahirkan pelajar yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia melalui penerapan nilai-nilai Islam.
  • Melahirkan pelajar yang cemerlang di bidang akademik melalui P & P yang berkesan.
  • Melahirkan pelajar yang aktif dan kreatif melalui aktiviti ko-kurikulum.


MOTO SEKOLAH

ILMU SENJATA HIDUP

SEJARAH SEKOLAH

Tahun 1883 adalah detik permulaan yg bersejarah bagi penduduk kawasan Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. Pada tahun tersebut SK. Ara Rendang didirikan.

Pada awalnya Kampung Pokok Sena bersempadan dengan sebidang ladang kepunyaan Saudagar Cina yang tinggal di Pulau Pinang.

Pada waktu itu, terdapat sepohon pokok ara yang besar dan rendang berhampiran pusat pentadbiran ladang itu. Lantaran itu pihak ladang memberi nama ladang tersebut Ara Rendang Estet. Nama Ara Rendang terus digezetkan sebagai nama kawasan itu.

Apabila sekolah siap dibina, pihak berkuasa terus menamakan sekolah ini dengan nama SK. Ara Rendang.

SK. Ara Rendang terletak kira-kira 500m dari pekan Kepala Batas. Bilangan murid-murid pada tahun mula dibuka ialah seramai 35 orang sahaja. Kesemua mereka adalah lelaki.

Pada tahun 1932, sebuah bangunan dua tingkat telah didirikan. Bahagian bawah bangunan ini pernah dijadikan tempat kediaman keluarga India pada masa pemerintahan Jepun tahun 40an.

Pada 01 Januari 1988 sekolah ini telah diberi taraf gred A. Kini tahun 2005 SK Ara Rendang telah mempunyai 5 blok bangunan, sebuah makmal komputer dan sebuah surau. Ianya dapat menampung murid-murid dari kawasan Taman Koskam, Pongsu Seribu, Permatang Kerai Besar dan Kecil, Kampung Baru dan Permatang Indah.